Inilah 30 Keistimewaan Bagi Seorang Wanita

"Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa beruntungnya menjadi wanita. Bersyukurlah karena menjadi wanita."
Dan berikut ini 30 keistimewaan bagi seorang wanita :

Inilah 30 Keistimewaan Bagi Seorang Wanita

  1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dr lelaki. Sabda Rasulullah SAW: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia."
  2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.
  3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
  4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
  5. Siapa yg menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yg sentiasa menangis kerana takutk akan Allah SWT dan orang yang takut pada Allah SWT akan diharamkan api neraka keatasnya.
  6. Siapa saja yg membawa makanan utk keluarganya, maka pahalanya sama sprti brsedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya drp anak lelakinya. Maka siapapun yang menyukai anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  7. Haidh seorang wanita menjad penebus dosanya yg lalu. Jika pada hari prtama haidhnya dia membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kpd Allah dari segala dosa)", maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama sprti drjat 40 orang syuhada ' apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidhnya.
  8. Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga."
  9. Siapa saja yang brsikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  10. Dari Aisyah r.a: "Siapasaja yang diuji dengan sesuatu drp anak anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka mereka akan menjadi pnghalang baginya drp api neraka".
  11. Syurga itu dibawah telapak kaki IBU.
  12. Apabila dua orang ibu bapa memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  13. Seorang waita yang taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
  14. Seorag wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya serta puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat dilangit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
  15. Aisyah r.a berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang berhak trhadap seorang lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
  16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
  17. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
  18. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.
  20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
  21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.
  22. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad dijalan Allah.
  23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun sholat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
  24. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia drp dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan syahid.
  26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.
  27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita gembira bahwa syurga wajib baginya.
  28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
  29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai karena menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.
  30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya. Subhanallah...besarnya keistimewaan wanita yang tidak disadari oleh kaum wanita itu sendiri...sadarlah wahai wanita,kedudukanmu begitu istimewa disisi Allah SWT...hargailah dan sayangilah dirimu dan agamamu...